Tuesday 23 December 2014

boring




boringnya ada x sapa2 nak bg pandangan guana nak hilangkan boring tersebut
nak tulis diari pon xtau nak tulis apa
bnyak benda nak cite tp.....
erm.... xtau mcam mana nk cerita.
so boring lah hidup aku sehari2.

pembakar semangat



12 hari tanpa nasi
hari2 mkan tomyam ayam dan air kosong
aku rasa xda apa2 y berubah
still cubby
tp bla ada y tegur dah nampak kurang skit
rasa lebih bersemangat
x kisahlah walaupun skit.
bru nak 2 minggu
klu dah 2 bulan mesti bnyak kan y berubah ....
so bersemangat lah
2 minggu lg untuk hidup tanpa nasi
go go chaiyoi.kau boleh






misi :kau mesti boleh pakai baju n
20 kg perlu dikurangkan

Friday 19 December 2014

SaKiT hAtI



sakit hati ada 2 jenis
1-penyakit hati dimana sakit yang perlu jumpa doktor
2- penyakit hati y perlu ubat sendiri

aku pilih y no 2
ya aku sakit hati pada seseorang
bnyak benda y dia buat aku xsuka
last2 sakit hati kt dia
sampai nk tengok muka pon rasa sakit hati.

apa y dia buat...
mcam2 sampai aku xtau kt mana punca dia
aku pernah juga sakit hati tp xla sampai tengok muka pon menyampah
kali n memang teruk tahap sakit hati aku.

aku ada minta pendapat kwan2
tp jawapan mereka aku y salah
ok fine...
tp knapa walaupun mereka kta aku y salah
aku still bleh terima...
cbb mereka y ceriakan hidup aku
walaupun mereka ckap benda2 y aku akan sakit hati
mereka juga y akan buat aku ketawa
hilang rasa sakit hati kepada seseorang tu bla ckap dengan kawan2 aku

kira mereka terapi aku untuk ilangkan sakit hati
sekarang aku dah boleh tengok dia
sakit hati tu masih ada.
tp dah berkurang.

Tuesday 2 December 2014

sedih








dulu aku mampu ketawa bebas kini diriku bnyak memendam rasa


ya dulu aku juga menangis kerana hatiku terluka
 tp aku masih mampu ketawa bebas
kini hatiku dah terlalu bnyak parut y masih belum benar2 kering
sudah penat untuk terluka


 namun apa y mampu aku lakukan selain berlakon aku happy





ya di depan orang aku tersenyum,ketawa ttapi sebenarnya aku menangis di dalam hati

namun aku bersyukur aku punya kwan2 y sedia mendengar masalah aku
walaupun mereka punya masalah y lebih besar
tq kepada man,wan,ummi,mirah,norm 
kamulah sahabat y selalu ada untuk ku


 ini pesan dari seorang sahabat bernama nabila
thank kerana beri kta2 y indah ini

Sunday 30 November 2014

JAUH



jauh adalah tajuk sebuah novel
-jauh dari cinta-
-jauh-
-jauh kau pergi-
lirik lagu
-mengagumimu dari jauh-
-jauh dari sudut hati-
-jauh-
-ikhlas tapi jauh-
-jauh sudah-
tajuk drama/filem
-jauh dari cinta-
-jauh-


dan bnyak lagi
tp jauh di sini adalah jarak
seperti jauh di mata dekat dihati


tp di sini maksud aku jauh dimata jauh lagi dihati
dekat di mata jauh di hati.
aku xtahu apa masalahnya.
tp kami tersanagat jauh


inilah jarak antara kami

SELAMAT MALAM



selamat malam semua......
heheheh sebenarnya dah pagi pon
esok (30.11) ari terakhir di bulan 11
dan esok juga ada PRK u
hrm....sorang pon aku x knal calon2 dia
guana nak mengundi.
erm.... agak2 klu aku x mengundi boleh x?
nak mengundi pon xtau nak undi sapa kan?


mimpi petang td masih melekat di ingatan,
bkan kerana DIA sebagai watak utama,
tp cbb DIA tolak aku.
klu itu menunjukkan aku bkan dengan dia, aku happy
tp klu itu y bakal terjadi (dia tolak aku)
aku mesti sedih
biar kami xd gandingkan bersama dari aku di tolak.
sakitnya pasti susah nak sembuh.
hahahah poyo
padahal dah bnyak kali kna tolak.
aku still bleh bergelak ketawa ngan orang y tolak aku.
malah mereka jd kwan y selalu dengar masalah aku.
tp Dia, kami rapat dari pertalian darah tp jauh dari perhubungan dan komunikasi
aku dan Dia umpama orang asing walau kami ada pertalian darah
aku x sedar siapa y menyebabkan kami jauh
dulu kami rapat juga.tp bla semakin dewasa kami dah terlalu jauh
JAUH sehingga walau berjumpa pon kami masih jauh.
aku dah cuba nak dekatkan jarak tu tp aku xmampu kerana terlalu jauh sangat. 

Saturday 29 November 2014





bestkan dapat main air laut
akhirnya hajat aku kesampaian untuk main air laut
sebenarnya aku nak mandi laut,tp yelahkan aku bkan p berkelah.cuma g melawat family kawan y kebetulan umah dekat2 laut.
aku kdang2 mcam budak2 .
happy bla dapat mandi manda x kisahlah kt laut ka, kt kolam ka rasa mcam happy .tenang je
insyallah 1 hari nnt aku akan berpeluang mandi laut lagi.
klu xda y nak bawa, aku g sorang2 je. hehehheh
aku ada "anak2" y seronok bla mandi laut jd aku bleh ajak diorang p mandi laut, atau sungai.
agak2 aku ada peluang x nak ada anak sendiri.... sapa kta xda
adalah anak angkat pon anak aku juga.klu xda anak sendiri ambik je anak angkat,at least aku ada anak.bleh juga ajak g jlan2.xkan nak harap ank orang je

SAMBUNGAN



2. KAWAN2

kwan2 best. adalah krisis skit2
biasalah xsemua sempurna.at least still bleh bertegur sapa ok dah.
hrm.... kdang2 jeles kt diorang bla diorang ada pasangan tp sekejap je.
aku kan ada novel, cite y aku bleh layan untuk lupakan sal diorang.
jd lebih bnyak masa aku rasa x kisah.aku happy dengan hidup single .
aku ada kwan2 y sentiasa ada bla aku ada masalah like
akmal, wan,ummi,mirah dan so on
hahahah sebenarnya ramai tp y aku mention nama tu pling setia mendengar masalah aku.
diorang x kisah bla aku kerap cite masalah aku.diorang dengar dan kdang2 diorang bg pendapat
walaupun sebenarnya depa boring kwan ngan aku tp,depa x tunjuk supaya aku x sakit hati.
bestkan kwan2 mcam tu.

3. CERITA DAN NOVEL
 aku suka tengok cerita dan baca novel.best..... hahha kdang2 berangan lah kononnya akulah dalam cite tu.xkisahlah apa2 pon berangan x salah kan .aku bkan terbawa2.bla aku baca novel dan tengok cite je
bla kt luar aku kembali normal.
novel n best baca sebab ending dia happy2 je.cite pon samalah
jd aku xsedih2 lg.aku pon akan tersenyum je
kwan2 pelik tengok aku asyik baca novel dan tengok cite. diorang x tahu tu terapi untuk rawat kesedihan aku.
tp bla part sedih,sakit hati aku pon terasa juga.tp last2 aku happy je.

SAJA BALAS DENDAM




hahahha tajuk xbleh blah.
bukan blas dendam kt orang lain tp dah lama x luahkan perasaan jd alang2 dah luah nak taip bnyak2
tp klu dalam 1 entri rasa mcam boring.Jd buatlah berentri2
hehehheh
nak ckap sal apa eh?
erm.....
1. Family
rindu kt "anak2" seramai 3 orng tu.
orang wassap jrang2 blas
rindu mak , ayah, k.na, chaq, adik .
mak  kerap juga call mak jd kuranglah skit.
ayah  erm..... xrapat sangat ,jd klu sesekali nak dengar suara ayah, call no ayah,bla ayah angkat ckap saja call nak ckap ngan mak.oklah just nak dengar suara ayah je.xda benda sangat nak cite kt ayah.tp klu ramai2 kumpul sembang blehla nak cite2 ngan ayah, ada lah juga idea nak cite apa.
hehehe
padahal b4 n bnyak giler entri sal ayah...hahahha masa tu teringat ayah sangat2.tambah2 tengok video2 berkaitan bapa,teringat y aku xrapat pon ngan ayah,jeles ngan kwan2 y cite sal ayah depa.tp aku x bnyak  cite y best sal ayah.
myb bla aku dah kerja, or myb aku dah kahwin aku akan rindu ayah sangat2 dan ada bnyak cite y best2 sal ayah.
setiap kali aku cite sal ayah aku rasa nak nangis.
AYAH.... n petanda rindu ayah ke? cuma hati ini xnak akui?
mungkin....diri ini rindukan ayah.cuma kita tiada bnyak moment indah menyebabkan diri ini x biasa nak bgtau rindu ayah.
heheheeh
dalam kta x rindu entri ayah y panjang . mak 7 patah je.
 k.na erm.... selalu juga call, mesej dia jd kuranglah rindu.cuma agak kasihan pd dirinya.
ada saja cabaran dalam hidupnya.tp aku yakin dia lebih kuat dari aku.
 chaq sama je selalu wassap dia,mesej, call dia

adik insan y aku sayang satu satunya adik y aku ada .dialah racun dialah penawar
aku bnyak sakit hati dengan dia tp hati ini sentiasa ingat dan mengambil berat pasal dia walaupun mulut ini kerap memarahinya.
hati ini kerap terluka kerananya, kerap menangis kerananya tp dia tetap insan y aku sayang.sentiasa memikirkan soalnya.dengan adanya dia ,aku lupa pada kwan2 y ada pasangan. aku xperlukan pasangan sekarang kerana aku lebih memikirkan soal adik.mungkin adik akan mendirikan rumah tangga sebelum aku.mungkin juga aku hanya akan selama-lamanya mendahulukan adik.dan aku single selamanya,aku harap adik juga memikirkan soal aku sama macam aku memikirkan soal nya.aku cuma ada dia sebagai seorang adik, seorang lelaki dalam keluarga , pengganti ayah b.cik zabidi dan b.cik zainurin menjd wali bla aku berkahwin,pelindung diriku dari bahaya dan mungkin menjaga aku jika aku sudah tua.dan aku juga berharap anak2 adik nanti boleh mendoakan aku apabila aku tiada.bukan aku melebihkan anak adik dari anak sedara y lain tp entahlah .mungkin aku rasa adik akan mendidik anaknya mencintai agama seperti mana dia kerap mendengar pengajian agama walaupun jauh dan hujan aslkan dia peroleh ilmu.

"anak2"  mereka sahaja anak2 aku sekarang ini.anak2 y aku selalu rindui,aku sayangi dan aku ingati.walaupun aku selalu marah aku pukul tp mereka masih sayang aku.hahahhah jhatkan aku.anak orang aku pukul sesuka hati,aku marah sesuka hati.tp mereka pada awalnya akan memusuhi aku namun x lama kemudian akan datang kepada aku semula.

itulah keluarga ku.

SAJA LUAHKAN PERASAAN





ujung minggu n family nak g bercuti,
aku plak ujung minggu n ada konvo kt u.
myb cuti lama , aku nak blik tp.......... aku xboleh.xda duit nak blik
minggu depannya plak adik daftar kolej
aku nak blik..tp...... ada program koko dan program KI sama dengan hari adik daftar kolej
memang mustahil aku nak ada kt tempat yberbeza dalam waktu y  sama 



hidup aku memang so sad kan?
cbb tu aku cipta dunia aku.
di situ aku happy selalu. aku ada semua y aku nak walaupun cuma imaginasi.
tp at least aku happy. xmcam dunia nya aku selalu rasa bad mood.
luaran aku nampak happy.
tp dalam hati aku menagis.
aku terluka berkali2.
aku cuba rawat hati aku dalam dunia ciptaan aku.
tp ada saja orng y nak musnahkan dunia aku.
kenapa aku x bleh hapy mcam orang lain.
aku xkacau orng dalam dunia aku.
aku seronok,aku bahagia.

DEAR DIARIE AGAIN





ramai kawan2 aku y bakal mendirikan rumah tangga
tipulah jika aku xrasa apa2.
tp bla aku dalam dunia ciptaan aku, aku xrasa aku perlu kahwin.
kerana aku happy dengan hidup aku.
aku xperlukan orang lain dalam dunia aku.
kerana aku y mencipta watak mereka.aku boleh wujudkan watak sesiapa y aku suka
dan buang watak sesiapa y aku tidak suka


aku seorang y peramah, cheer, happy talkactive dan sebagainya.
tp kebanyakan masa aku suka ada dalam dunia aku, 
kerana aku y mencipta dunia itu.
aku y mengarahkan dunia itu bagaimana.
aku rasa x seronok aku akan tukar dalam sekelip mata.
aku akan buat apa sahaja agar aku dapat padamkan kesakitan dan kesedihan aku di dunia nyata.
ya myb dunia aku dunia khayalan,dunia imaginasi 
tp aku happy.
aku xganggu orang.aku seorang diri je.
jd xda sapa y akan ganggu aku dan dunia aku.

DEAR DIARIE




apa tujuan aku tulis blog??
jwapannya aku pon x tahu

just rasa nak mencoret sesuatu.
mulanya aku bnyak tulis dalam buku like diari
tp ramai y baca coretan aku.
mlah ada y sembunyi2 baca.
klu tulis blog lagi ramai y boleh baca.
aah lah. tp at least aku x cite semua.
klu dalam buku semua aku cite xda rahsia
dalam blog aku tulis masih ada selindung2.


aku sebenarnya x tahu nak kongsi cite2 sedih, happy aku dengan sapa.
so aku bnyak coretkan agar aku boleh baca semula apa y aku dah coretkan.
kdang2 nak ketawa pon ada,nak nagis pon ada bla knang hidup aku
tp aku masih dapat rasai perasaan masa aku coretkan catatan hidupku.
cuma x semua benda aku sempat coretkan.
bla ada masa je
klu dulu dalam buku setiap saat aku coret.

MIMPI itu KEMBALI lagi



entah kenapa mimpi itu datang lagi .
Telah lama aku tidak mendapat mimpi sebegitu.
mlah aku sudah melupakan mimpi tersebut.
namum petang ini mimpi itu datang lagi.
walaupun bkan 100% sama tp masih ada persamaan .
jika sebelum ini aku bermimpi dia hanya topik perbualan,

tp mimpi kali ini dia watak utama.
dalam mimpi ini aku masih ada abang.
aku ada 2 ayah. entah datang mana lg sorang.
rumahku rumah atas (kayu) , DIA seolah2 x mengenaliku .
hakikatnya kami mengenali di dunia nyata.
itulah mimpi,benda2 y mengarut pun ada.
aku harap ianya hanyalah mainan tido , dan bukan satu petanda.

Friday 7 March 2014

PAGI YANG GILEEEEEEEEERRRRRR


MEMANG GILER BLA AKU MIMPI
 KTA AYAH AKU TIBA2 DAH KAWINKAN AKU
 NGAN SOMEONE Y AKU KENAL....
tiba2 kot
dan some one tu aku xsuka pon
bkan xsuka mcam mana just aku selalu gaduh ngan dia je
tp benda n memang xmasuk akal
entah sapa2 la y nak kt aku n
dia lagilah xnak
bngun pg n aku cite kt roomate aku dia just ketawa je
cbb dia pon masuk ssekali gak dalam mimpi aku
hahahha.
mcam x betul je kan tiba2 je ayah aku dah kawin kan aku dalam situasi aku masih belajar
memang xkan berlakulah.
parent aku bkan suka kawin masa belajar n.

Wednesday 5 March 2014

KENAPA.....


SOALAN 1.

kenapa aku malas????
malas apa??
mlas segala-galanya
malas menghafal,malas kemas,mlas study

SOALAN 2.

kenapa aku suka buang masa???
aku wat kerja2 y x penting dulu
aku wat kerja2 y mudah dulu.
y penting aku banyak rehat
bla last2 minit bru menyesal

SOALAN 3.

kenapa aku x bleh wat keputusan ???
aku kna rujuk ramai orang...
xbleh ka klu aku wat keputusan sendiri
knapa perlu bergantung kt orang sangat

SOALAN 4.

kenapa....kenapa....kenapa????
kenapa aku bnyak sangat bertanya
kenapa aku susah nk cari jawapan kepada soalan2 aku
kenapa bla aku dapat jwapan bru aku tahu y semua n berpunca dari aku sendiri...

Tuesday 4 March 2014

hari EMO

entah knapa tiba2 rindu ayah
mungkin dahlama x dengar suara ayah
mungkin cbb ada orang post tentang ayah depa kt fb
erm.... entahlah
y pasti
AYAH....................
RINDU AYAH

video muhasabah




video ini lebih kurang mcam hidupku
semasa kecil ayah ajar aku menaiki basikal...
kdang2 bla jatuh aku jd serik...
tp berkat ayah sabar mengajar walaupun kdang kna marah juga
aku mampu mengayuh basikal sendiri ke sekolah.
aku juga pernah rasa malu bila ihat kwan2 ke sekolah menaiki kereta
 tp aku walaupun hujan hanya naik moto sahaja....
tp masa tu ramai je y naik moto je
so xla terasa sangat.
sama juga bla perlu ke asrama menaiki moto.
sedangkan kwan2 lain menaiki kereta....
tp.. satu y membuatkan aku berasa bangga adalah
walaupun aku hanya menaiki moto tp setiap minggu aku boleh blik rumah.
y naik keta pon kdang2 bla blik rumah naik bas juga.
datang je naik keta.....
aku pergi blik naik moto tp masa tu ayah dah beli keta
so kdang naik keta juga.
tp satu je y beza antar aku dan 'ahmad'
aku bangga klu aku dapat buat ayah aku naik pentas untuk

AYAH......

mungkin faktor usia ayah semakin berubah....
namun aku masih merasai kekurangan itu....
mungkin salah aku...perkataan kesat mcam bodo,xda akal,akal pendek dah biasa bg diriku.
namun aku hanya menerima kerana aku sedar salah aku
walaupun kdang2 aku rasa aku patut jd alone ranger je
aku cipta dunia aku sendiri dimana aku sentiasa happy je
aku xda masalah....aku xsedih....aku x menangis
dengan tu hidup aku tenang.

namun.....kadang2 aku rindu seorang ayah...
aku sedar kami xkan selamanya akan bersama
satu hari nnt salah seorang dari kami akan meninggalkan kami.
aku sepatutnya bersyukur krana walaupun ayah begitu aku masih ada ayah..
ramai y kehilangan ayah......
aku sayang ayah....aku xnak kehilangannya.
klu salah sorang y perlu pergi dulu...
biar aku y pergi dulu.
aku penat menangis kehilangan insan tersayang.
lgpun ayah ,ramai y sayang dia berbanding aku.
ramai y perlukan dia berbanding aku.

AYAH INSAN ISTIMEWA

AYAH.......satu nama yang bnyak sangat maksud
y tersirat mahupun tersurat...
insan yang dulu
aku sangat  dambakan perhatian...kasih sayang....senyuman darinya.
insan yang sangat aku takuti.......aku geruni......
insan yang xpandai nak tunjuk kasih sayang nya.
insan yang bnyak wat aku kecewa....nangis....
aku selalu kna marah...pukul....
ya aku tahu niatnya untuk mengajar....
tp bg aku y masih kecil waktu itu....
pengalaman yang sangat menyakitkan untuk di ingati.
pengalaman yang buat aku mengalirkan air mata....
tp pengalaman itu juga yang menjadikan aku manusia
melihat kepada wajahnya dah menceritakan bagaimana seorang ayah itu...
wajah yang susah untuk senyum...wajah yang menunjukkan beliau garang...
hatta orang disekeliling juga dapat merasakan.